Pelajar cemerlang mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.
Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ’A’ yg mereka mahukan atau berapa peratus markah setiap subjek yg mereka mahukan. Mereka juga tahu bila besar nanti hendak ambil pengkhususan apa waktu di universiti, mahukan kerjaya yg bagaimana dan sbgainya
Rahsia 2: Percaya
Pelajar cemerlang percaya bahawa mereka boleh cemerlang.
Hanya faktor masa sahaja yg akan membuktikan segala usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka utk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban untuk berjaya.
Thomas Edison gagal lebih 10 000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Colonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resipi ayam goreng KFC. Adik beradik Wright terpaksa berdepan dgn pelbagai cemuhan masyarakat sebelum akhirnya berjaya mencipta kapal terbang. Apakah persamaan yg ada pada mereka yg telah berjaya ini?
Rahsia 3: Tumpuan Dalam Kelas
Rahsia 4: Ada Strategi Belajar Yang Berkesan
Kalau teknik belajar anda betul tapi anda tiada strategi belajar belajar yg berkesan, maka pencapaian anda dalam peperiksaan adalah biasa-biasa saja. Strategi itu penting supaya anda boleh cemerlang.
Persediaan Sebelum Kelas
Sebelum kelas anda perlu baca dulu apa yg akan diajarkan oleh guru nanti.
Persediaan Dalam Kelas
Ketika guru mengajar, sebaik-baiknya duduk di barisan hadapan. Tetapi jika anda tak dapat duduk di barisan hadapan, itu bukan la alasan untuk anda tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Berikan tumpuan yg sebaiknya, tunjukkan minat yg mendalam terhadap apa yg guru ajarkan
.
Selepas Kelas
Selepas kelas lakukan perkara berikut:
Semak seimbas apa yg telah dipelajari kerana manusia biasa akan lupa 80% dripada apa yg telah dipelajari hanya dlm masa 24 jam.
Semak pemahaman dan nota anda sebab apa yg anda sangka faham itu belum tentu betul
Adakan perbincangan secara kumpulan. Oleh itu, masalah dapat diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan yglain
Memperkayakan bahan melaui bacaan tambahan.
Rahsia 5: Fikir Positif
Rahsia 6: Berkawan Dengan Rakan Yang Positif
Apabila anda salah pilih kawan maka salahlah haluan hidup anda. Kawan-kawan yg anda pilih mempengaruhi aktiviti, peribadi dan pemikiran anda.
Kerana kawan, seorang pelajar yg lemah boleh berjaya, dan kerana kawan juga seorang pelajar yg pandai boleh gagal.
Rahsia 7: Mempunyai Kumpulan Belajar
Sesetengah pelajar tak mau belajar berkumpulan sebab katanya ia sekadar membuang masa. Mereka fikir kalau 2 jam masa belajar berkumpulan itu digunakan untuk belajar sendiri maka lebih banyak yang boleh mereka baca.
Keadaan ini berlaku kerana anda tidak faham tujuan belajar berkumpulan dan bagaimana belajar berkumpulan dengan berkesan. Banyak perkara yg boleh anda lakukan secara kumpulan yg anda tak mampu lakukannya seorang diri. Sebab tu lah anda perlu tahu cara belajar berkumpulan yg berkesan.
Rahsia 8: Pengurusan Masa yang Berkesan
Pengurusan masa yg berkesan adalah kunci kecemerlangan pelajar. Hari ini pelajar sibuk dengan pelbagai komitmen dan aktiviti – kurikulum atau ko-kurikulum. Mereka menghadiri kelas agama, tuisyen, sukan dan lain-lain. Kesannya, masa belajar terasa kurang sedangkan masa cuma ada 24 jam saja sehari. Tetapi ramai pelajar yg masih mampu mencapai kecemerlangan walaupun sibuk sebegini. Sebab itulah anda perlu tau bagaimana untuk memanfaatkan masa sepenuhnya.
Rahsia 9: Konsisten atau Istiqamah
Pelajar berjaya adalah mereka yg bukannya rajin hari ni, tapi esoknya malas. Hari ni punyalah rajin mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tapi esoknya malas bukan main. Perasaan rajin dan malasnya turun naik macam roda.
Sebaliknya, pelajar yg betul-betul cemerlang adalah mereka yg konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat sedikit, tapi berterusan. Mereka dah meletakkan sasaran, misalnya nak habiskan 10 muka surat setiap hari; atau mahu menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi.
Rahsia 10: Agama Nombor 1
Bagi pelajar agama Islam, mereka faham hakikat hidup ini sebagai satu ibadah dan betapa pentingnya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu-bapa agar pelajaran mereka diberkati.
Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa agar hidup mereka sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.
.
No comments:
Post a Comment